Sunday, May 3, 2009




Selama aku involve buat website ni, aku pernah try beberapa cms punya free framework yang senang nak install dan configure. Tapi banyak2 yang aku test, aku suka mambo dengan joomla. Sekarang ni aku guna joomla, sebab banyak sangat template, plug-in, module, component yang programmer satu dunia ni contribute untuk joomla. Nak install senang, nak patch pun senang, nak maintain pun senang... free lagi... source code pun free untuk digodek kalau pandai dan minat.

Cara mudah Install Joomla dalam FreeBSD!
  • Download dulu Joomla 1.5 Installer kat sini
  • Sebelum tu kenalah dah setup webserver yang dah ada root folder.
    Aku anggapkan, satu server php dah setup dengan apache webserver. Aku biasa guna server FreeBSD .
  • Pastikan jugak Mysql juga dah diinstall dulu dan up.
  • Buatkan satu folder khas untuk joomla dekat folder root. Dalam freeBSD normal pathnya /usr/local/www/apache22/data/root/
  • Copy installation file Jommla 1.5 tadi ke dalam folder tu.
    cth: /usr/local/www/apache22/data/root/joomla/
  • Create database mysql untuk website joomla & grant user.
    - Gunakan putty atau phpmyadmin site untuk buat database baru.
    # mysql -uroot -p
    # create database web;
    # grant all privileges on web.* to adminroot@localhost identified by "passw@rd";
    # flush privileges;
    ** Pastikan catit dulu nama database, username dan password database untuk kegunaan masa pre-installation.

  • Unzipkan installation file Joomla tadi dalam root folder(joomla).
  • Tukar permission mode untuk folder joomla tu kepada 775 untuk memudahkan proses pre-installation nanti.
    # chmod -R 775 joomla
  • Tukar juga owner file joomla kepada www
    # chown -R www:www joomla
  • Setup dns untuk website joomla tadi di dns server. Satu url akan dibuat di sini. cth: http://webjoomla.domain.com.my
    (Bolehlah minta bantuan network admin(NA) kalau tak tau)
  • Bukak url tadi dekat browser IE atau Firefox. Ikut jer apa yang diarahkan dalam pre-installation joomla punya wizard. Senang jer. Pastikan ingat katalaluan admin yang dibuat semasa proses pre-installation ni untuk login administrator page nanti.
  • Selesai jer pre-installation,kena buang dulu forlder installation dalam folder joomla tadi. Buat melalui putty atau winscp.
  • Kemudian barulah website joomla yang kita setup tu boleh keluar melalui url tadi http://webjoomla.domain.com.my
  • Untuk customize template, component, module, plug-in semua boleh dibuat melalui administrator page. Cuma taipkan url tadi dan tambahkan administrator di hujungnya. http://webjoomla.domain.com.my/administrator
    **Gunakan login dan katalaluan admin tadi untuk masuk.
  • Rujuk di laman web joomla untuk download macam2 extension yang sedia untuk digunakan. Mudah diinstall dan yang penting percuma!


0 comments:

Post a Comment